mesin kuda

Lewat hujung tahun 90an Negara kita dilanda wabak mesin kuda yang mana telah banyak menyusahkan rakyat dan orang ramai. Bukan sedikit yang merana dengan kuda 6 jahanam ni tapi ramai sangat dan rata-ratanya mangsa adalah masyarakat berpendapatan rendah. Mengharap boleh mengubah nasib pada kuda gaji sebulan lebur dalam mesin kuda tanpa belas kasihan wang hangus begitu sahaja. Waima begitu ramai yang tak peduli malahan jadi gila dengan mesin kuda, berjudi sampai hilang ingatan dan bolehlah disimpulkan mesin kuda adalah setan judi yang paling dasyat melanda Malaysia pada waktu itu.

Tidak tahulah sekarang macam mana adakah wujud lagi mesin kuda ni? Tapi untuk sesiapa yang dah insaf baguslah macam tu. Sesungguhnya berjudi takkan kayakan you. Terimalah hakikat ia adalah business menjual harapan. Percayalah harapan yang anda harapkan semuanya palsu disebalik muzik ini. Untuk yang tak sedar lagi bahana judi, berjudi sampai tak ingat pada mesin kuda tolong-tolonglah sampaikan ingatkan kawan-kawan supaya lupakanlah judi dan mesin kuda.

Untuk yang masih gian chewah… :razz: I tolong you untuk release perasaan gian tu dengan memberi you all game mesin kuda yang boleh install dalam PC. Duit tak habis, harapan yang anda tikam sure tak kisah kena tak kena tak penting sangat kerana ia hanya sebuah game di dalam PC you bila you rasa boring.

Download games mesin kuda – Here
Password – Berapa ekor kuda yang telah menyusahkan you?
A. Enam ekor
B. Sepuloh ekor
C. Tinggal ekor
D. Lima ekor
E. Taknak terbabit lagi untuk main mesin kuda even di PC sendiri

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • TwitThis