Usia kebanyakan lelaki Melayu di Malaysia berlegar sekitar angka 60an sebelum menemui ajal. Walaupun begitu usia awal 20an ramai juga yang kecundang dilebuhraya akibat dari kecuaian memandu kerana nak sampai cepat kedestinasi. Malaysia terkenal dengan boleh. Sebut sahaja apa yang tidak boleh semuanya boleh. Jadi tak hairanlah kenapa orang Melayu lebih glamor dikenali sebagai melayu boleh didunia antarabangsa.

Hari ini nak mengulas lelaki Melayu dalam golongan usia yang boleh dikatakan mereka ini berada dipersimpangan jalan. Laksana macam nak memilih jadi watak Ultraman Tiga atau raksasa ular. Lelaki 40an dah cukup matang untuk pilih jalan mereka sendiri. Dari segi financial mereka yang dulunya beringat sekaranglah nampak buah dan hasilnya. Iyalah kereta sudah habis bayar, rumah pun hutang tak banyak tinggal, ada macam2 aset tapi isteri yang itu jugaklah maintain.

Usia perkahwinan mereka pun hampir 20 tahun, anak2 dah besar dan kebanyakan mereka ini jarang kita dengar yang bercerai berai, hidup dah serasi dengan isteri boleh dikatakan kehidupan mereka memang terancang. Walaupun begitu ada juga sesetengah mereka yang terindu-rindu dengan kisah silam sewaktu usia 20an dulu yang mahukan cinta jiwang-jiwang mengenyam dengan matair.

Jadi timbulah macam2 kisah scandal yang boleh memasamkan alam rumah tangga bila mereka start menggatal kerana wujud keinginan untuk mencuba market diri masing2. Dalam kes ini yang menjadi mangsa ialah orang perempuan kerana mereka tak sedar cinta dengan suami orang lelaki 40an ni tiada makna dan berakhir dengan perpisahan. Alasan utama bila ditanya kes habis madu sepah dibuang, jawapan standard I dengan kak Jah dah hidup dekat 20 tahun, dah masak dengan masakan dia, dah selesa dengan cara hidup bersama dan normally anak2 takkan boleh terima. Bak kata orang terlalu berat untuk dilepas apa yang ada jadi tinggallah matair baru yang nak menumpang kasih mengharap cinta palsu.

Kesimpulannya binalah keluarga yang bahagia. :D

P.S. Anda tak boleh tidur? – Tidurlah pejamkan mata – Rapidshare or savefile (FREE )

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • TwitThis