Lebih kurang 5o tahun dahulu menjadi seorang ahli muzik adalah teruk pada pandangan orang-orang lama tiada masa depan katanya..Dialog popular Nyonya Mansor memperincikan pandangan negatif mereka.”…Siapa Kassim Selamat tu Sabariah? Lawyer, majistret? Ahli muzik mak..Apa ahli muzik? Memang pantang datuk nenek aku ahli muzik. Anak tidak mengenang jasa!!..” Begitulah teruknya menjadi ahli muzik waktu dulu. Kini tidak lagi kerana Malaysia sedang menuju kearah negara hiburan depan belakang atas bawah semuanya hiburan, ia bagai irama dan lagu begitulah juga Malaysia tak dapat dipisahkan dengan hiburan. Dari pagi sampailah kepagi dari Tom-Tombak hinggalah ke Gangstarz dari satu rancangan ke satu rancangan baik di TV, Radio, paper baru paper lama even dalam handset pun heboh dengan hiburan.

Bukanlah rakyat Malaysia tidak suka dengan rancangan mari belajar matematik atau mari belajar pasal linux ilmu fizik dan sebagainya dan dikormesilkan di TV tetapi takda rancangan macam tu sebab doktrin Malaysia realitinya ialah menuju negara hiburan. Agak malang anda sebenarnya jika tidak mengikut arus dan leka dengan benda lain. Jadi hiburan adalah keutamaan nombor satu untuk hidup sedap di Malaysia. Menuju kearah dunia hiburan dan seterusnya menjadi ahli muzik salah satu cabang dalam bidang hiburan juga jalan singkat untuk anda hidup mewah dan selesa di Malaysia. Bakat yang digilap dan ilmu yang tinggi dalam bidang hiburan boleh menewaskan seorang pakar geologi dari segi income. Jadi tak salah mencuba menjadi seorang ahli muzik mana tahu anda boleh setaraf dengan guitarist macam Slash tapi tak mahulah macam abang baju belang kat dalam video diatas.

Baiklah apa yang cuba laling kongsikan disini ialah langkah-langkah step by step bagaimana anda hendak menjadi ahli muzik yang terkenal. Bagaimana mencipta lagu sepuitis macam M.Nasir? Bagaimana mahu mencipta lirik yang jiwang macam mama juwie? dan pelbagai ilmu berkaitan muzik seperti bagaimana nak main gitar dan sebagainya yang anda nak tahu semuanya macam-macam ada dikumpulkan melalui satu buku tutorial ringkas, mudah faham dan padat. Pengisian ilmu hiburan ini diajar oleh pakar-pakar terbaik dunia untuk anda praktikan di pertandingan mencari bakat ke apa ke tak kisahlah kan janji anda memang minat hiburan dan nak jadi ahli muzik tegar.

Akhir sekali harapan supaya anda menjayakan cita-cita anda menjadi ahli muzik yang terkenal glamor banyak gossip sensasi dan mana tahu nasib anda berubah seterusnya menyahut seruan negara memperbanyakkan ahli muzik dan menjadi idola ramai orang. Semoga success!!

Dialog popular dunia hiburan:

Filem : ALI SETAN
Ali – “Kau bukan saja telah merosakkan diri kau, tapi kau telah merosakkan hati ayah dan mak yang tidak berdosa Tipah”
Tipah – “Tipah tahu bang.. tapi Tipah sangka dia betul-betul sayangkan Tipah. Tipah tak sangka jadi begini. Keluarganya semua baik-baik belaka. Rupa-rupanya.. Tipah tertipu bang. Tipah tertipu”

Download e-book Bagaimana nak jadi ahli muzik ? – Rapidshare FOC

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • TwitThis