Bayi yang lahir dari hubungan seksual rela atau paksa tanpa kahwin yang sah dikenali sebagai anak luar nikah. Bayi ini kalau tidak dibunuh didalam kandungan ibunya akan lahirlah dan membesar sebagai anak luar nikah. Anak ini tidak bersalah dan beban kesalahan tidaklah ada pada anak-anak ini. Lazimnya anak luar nikah di Malaysia dibela oleh keluarga belah ibu dan segala tanggungjawab membesarkan anak ini terletak pada bahu si ibu.

Jadi kemanakah perginya si bapa (dari segi biologi ) ini bertanggungjawab kepada anak luar nikahnya? Jawapannya tiada ibarat habis madu sepah dibuang dan mereka lelaki-lelaki ini bebas untuk keluar dari masalah anak luar nikah.

Ramai wanita di Malaysia yang sudah terlanjur hilang kedaraannya dan mengandungkan anak luar nikah mengalami tekanan emosi yang tinggi dan memandang masa depan yang gelap. Bersusah payahlah si ibu berjuang dan meneruskan hidup mencari duit untuk membesarkan anak luar nikahnya menjadi manusia yang mulanya berat diterima masyarakat. Kalaulah anak luar nikah itu menjadi seseorang yang sangat berjaya suatu hari nanti ia cerita yang lain, kerana waktu yg panjang kearah itu sukar untuk di jangka.

Menjadi ibu tunggal yang bukannya berstatus janda membesarkan anak luar nikah baik anak itu lelaki atau perempuan sangatlah getir. Di dalam persekitaran anak dibawah jagaan ibu tanpa bapa ibarat sama macam lauk tanpa garam. Ada kepincangannya sana sini kerana dalam hidup manusia perempuan memang perlukan lelaki dalam membentuk anak-anak yang seimbang emosinya.

Ada juga kes terpencil bila mana si ibu awal-awal lagi mengalah kepada keadaan dan tak sanggup untuk menghitung hari lantas membiarkan sahaja anak luar nikahnya pada hari pertama bayi itu dilahirkan lagi terabai tanpa sebarang perasaan keibuan. Dalam kes ini agak kurang kita dengar untuk si bapa mengambil peranan tanggungjawab ini membesarkan anak luar nikahnya.

Seperti apa yang boleh anda saksikan didalam video diatas sedutan dari filem menyayat hati Aa Gale Lag Jaa lakonan Sashi Kapoor “..The man with million smile..”betapa sedihnya si bapa cuba membesarkan anak tersayang..

Moral of story – “…Sayangilah bapa anda sebelum terlambat…lelaki ni umur tak panjang..”

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • TwitThis