Video Julia Perez diatas takde kena mengena dengan entry dibawah ia sekadar hiburan :D

Banyak juga email yang bertanyakan kepada laling berkenaan sesatu program yang singgah di email mereka dari pemilik email yang tak dikenali mempromosi peluang buit duit di Internet, join sesatu program, beli barang online dan segala bentuk promosi yang punyai satu tujuan untuk anda membeli (keluar duit lah tu) atau signup (email anda jadi prospek mereka) Tahukah anda email ialah sesuatu yang privacy bagi setiap individu di dunia maya IT ni. Oleh itu ia sangat unik buat setiap orang terlalu peribadi dan perlulah di jaga sebaik mungkin.

Pernah tak dengar “email marketing”? Benda ni terjadi disebabkan email kita adalah benda yang pertama kita buka, baca dan periksa bila online kan..Jadi Internet Marketeer atau istilahnya IM, promoter, webmaster dan Spammers mengguna sebaik mungkin email anda sebagai wadah mempromosi produk mereka terus kepada anda. Tak eloknya ialah kehadiran email mereka tak diundang atau istilah tepat email SPAM.

Jadi dunia IT mewujudkan satu undang-undang untuk semua orang mudah faham anda terlebih dahulu perlu memberi kebenaran dengan rela hati tanpa paksaan mana-mana pihak alamat email anda untuk subscribe sesatu newsletter atau bagi tujuan pengenalan diri. Selepas klik confirmation link sahlah sudah untuk anda terima email dari orang yang laling sebut diatas. Walau bagaimanapun anda ada pilihan selepas itu untuk stop dan menolak email diorang dari terus masuk dengan unsubscribe email tersebut. Biasanya ia terletak dibawah sekali bertulis link unsubscribe. Jadi ini diwujudkan atas sebab email adalah hak privacy anda.

Jadi untuk terus menjaga privacy ini janganlah suka-suka letak alamat email anda bersepah kat online contoh anda tulis abcde@yahoo.com kerana ada banyak software jahat yang tugasnya menyalin email anda bagi tujuan SPAM. Percayalah hidup anda akan dibelenggu dengan email yang tak diundang ini seterusnya membuang masa anda untuk delete delete delete….

Sekarang hangat pulak dengan satu program yang mana diorang ni jual software jahat nak buat SPAM email anda seterusnya SCAM duit anda dengan sesuatu yang anda tak perlu tetapi dijanjikan pulangan lumayan. Walaupun software tu boleh dapat FREE di Internet melalui access ke dunia underground tetapi semua orang tahu ia tak berguna dah sebab mana ada orang suka terima dan percaya email SPAM. Malangnya yang buta IT ramai jugak terpedaya dengan benda-benda macam ni. Kesian……..

Bagaimana pulak nak elakan kena SCAM kat Internet ni? Tulah kesian laling baca kisah diorang yang kena tipu kat Internet ni bukan sikit habis duit sampai berpuluh ribu pun ada..Jadi sebenarnya mudah kita nak elak kena tipu di Internet bila menaip search kat google atau yahoo keyword ni —>  xxxxx scam <—- jadi bila anda dapat email kata anda menang loteri ker walaupun anda tahu loteri kalau nak menang kena belilah nombor dulu..ni beli pun takda alih-alih kata menang loteri pulak kan sengal nyer pancing tu..elakkan lah. Bila didatangi pulak kawan-kawan anda mempromosi sesatu program buat duit di Internet nombor satu yang perlu anda buat ialah sebagai contoh kita ambil kes monsun.biz

Jadi pergi google atau yahoo kemudian taip monsun.biz scam atau monsun.biz tipu dan jawapan samada ia program yang betul atau sebaliknya SCAM dalam masa tak sampai 3 saat anda dah berjaya elakkan dari kena SCAM. Buatlah penilaian yang bijak dari link2 yang menceritakan program yang bakal anda sertai itu.

Harap post ini dapat membantu anda dari mudah jadi mangsa SPAM & SCAM

Share and Enjoy:
  • del.icio.us
  • Digg
  • Facebook
  • StumbleUpon
  • TwitThis